Monday, December 24, 2012

najis

hai manusia sekalian alam,

tajuk macam kotor pun. MEMANG !!! haaa. nampak tak aku CAPS LOCK tu ! aku sekarang ni dalam mode BENGANG!

aku tak paham la dengan manusia yang suka tinggalkan najis mereka di mangkuk tandas tu. dasar pemalas !! dasar pengotor !!

bukan susahpun kau nak tekan punat flush kan. tak patah pun tangan pun tekan benda alah tu. tak paham aku. pemalas tahap ratu gemuk 200kg. dasar bangang.

geram giler.

imagine. kau tiba-tiba nak terkucil or terberak. toilet tinggal satu jep. yang len full. nak masuk tengok tompokan kekuningan atau kadang-kadang kecoklatan. dan nak lebih extreme warna kehitaman. memang takkan masuk la kan. mahu termuntah kat situ jugak tengok najis orang =.="

series weyy aku tak faham dengan manusia macam ni. lainlah kalau flush tu rosak ke, ataupun air memang takde. so, memang terpaksalah tinggalkan najis macam tu jer. ni keadaan jamban tip top sihat walafiat.

kesianlah sikit dengan orang lain. hak tandas hak kami ! hak semua orang. bukannya hak kau sorang yang boleh kau tinggalkan najis kau sesuka hati. konsider la sikit weyh. respek hak orang lain.

kesian kat mak cik cleaner hari-hari duk bersihkan najis manusia yang tak bertamadun. yang takde ethics value dalam jiwa.pentingkan diri sendiri.

sabar tahu makcik. semoga Allah bagi kesejahteraan kepada makcik.

mohon jaga kebersihan untuk kesejahteraan bersama. kasik dunia ni aman sikit. huk alohhh. tu pun nak kena ajar jugak ke.

muka lawa tak reti flush jamban tak guna jugak. huduh perangai kau !



****************


meh aku nak bagi nasihat sikit.

"dalam hidup nie, kalau kita bagi hidup orang lain senang, InsyaAllah hidup kita juga akan turut senang. Allah itu Maha Adil. what you give, you will get back! "



Monday, December 17, 2012

Manusia hipokrit

Aku tak boleh hidup lama dengan orang yang suka mengata belakang ni. tak kiralah orang tu mengata aku atau mengata orang lain di depan aku.

sepanjang aku bekerja ni memang ade manusia yang sebegitu. Si C mengata Si A, cakap perangai Si A huduh, tak baik dan bla bla bla. dan kemudian Si C datang kat aku cakap Si A perangai macam haram bla bla bla. Tapi tengok mereka kehulur kehilir pergi break, berborak, bergelak ketawa selalu bersama-sama.

HIPOKRIT SUNGGUH MEREKA !!!

Aku pun tak pasti kenapa aku dijadikan tempat untuk mengata kawan-kawan seangkatan mereka yang lain. Risau jugak takut mereka lakukan perkara yang sama dekat aku. Teruk betul.

Selalunya aku akan dengar apa mereka cakap jer. Pretend that I am a good listener. Padahal aku tak ambil port pun. Ikutkan hati malas aku nak dengar kau duk mengata orang. Entah betul entah tidak. Buat dosa aku jep.

JUST LISTEN BUT NO ACTION !! Itu penting. Takdenya aku nak bagitahu orang lain yang Si C cakap kat Si A bla bla bla atau sebaliknya. Kan panjang pulak ceritanya. So, lepas aku dengar dieorang cakap aku akan senyap jer. Takdenya aku nak ambil tindakan apa-apa.



Harap aku tak terjebak nanti. Gusar jugak takut berjangkit nanti. huihui