Showing posts with label gathering blogger. Show all posts
Showing posts with label gathering blogger. Show all posts

Friday, July 1, 2011

mini gathering versi qlate

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak menaip pada waktu malam. Bukan sebab takut ataupun ada penyakit alzheimer pada hari malam tetapi broadband CELCOM kat umah aku tidak dapat menampung segala kapasiti untuk blog aku. Disebabkan itu aku lebih suka mengONLINEkan diri menggunakan wifi di office aku yang laju macam lipas kudung.

Petang semalam aku join gathering yang dianjurkan oleh apik pehe di KBmall. Walaupun sebelum tu agak berkira-kira mahu pergi atau tidak disebabkan masa yang ditetapkan tidak sesuai dengan aku sebagai pekerja yang berwibawa. Tapi setelah aku main kenyit-kenyit mata dekat bos 3 kali barulah aku dilepaskan awal pada hari tersebut.

Dan untuk pertama kalinya aku jumpa orang lidi ni.Cess. Ingatkan memang cekeding macam orang lidi yang dia lukis tuh.
Walaupun tak ramai sangat yang join tapi tetap happening. Suka hati dapat bertemu dengan geng-geng blogger Qlate kite. HEHE. Thanks kat sarahcik pulaucikyajoethalhah. Nice to know u all.


Nie gambar kat blog apik. Sori, tercuri. Walaupun tak lama gathering berlangsung tapi sempat jugaklah main bowling. Owh ! Aku memang failed main benda alah nie T_T. Tapi tetap njoy it !

Oh yer. On that day aku dah dapat sesuatu yang aku idam-idamkan selama ni. Si kuning. Terima kasih kerana memilih destinasi untuk mengenyangkan perut kat KFC. So, aku dapat si kuning ni. Nak amik mini cooper S warna merah sekali tapi habis stok la pulak. Takde rezeki.


Apepun sangat enjoy melepak bersama korang semua. Harap boleh jumpa lagi di lain masa. Jangan segan-segan la roger kalau ada gathering lagi.

Gomo Qlate Gomo ( tiba-tiba jep).

Sekian.


p/s : internet dengki owh. lembab cam siput sedut. Thanks kepada yang sudi jengah and komen kat blog yang kerdil nie. Jasa kalian amat d hargai :)